Thursday, November 21, 2013

Hasil Tukaran 5# Part 7: Syiling Edisi ketiga yang tersesat

Salam

Kali nak nak cerita pasal syiling edisi ketiga keluaran Bank Negara Malaysia. Sebelum tu apa yang korang nampak kat bawah nie. apa yang berbeza



sekali tengok confirm memang tak ada beza.. but kenapa aku letakkan 3 keping syiling 50 sen baru nie

Ok. Cuba tengok pada tahun pulak
2011
2012
2013

Dah jumpa yang ganjil. Belum lagi.

Cuba korang cuba cari syiling baru tahun 2011. Tengok senang tak nak jumpa.

Sebenarnya masa first scan aku memang dah ternampak tahun 2011. dalam fikiran aku ckp eh tahun 2011. bukan bunga Raya pun ada tahun 2011 jugak ke???.



and bila aku google memang terjumpa gambar syiling baru 2011. So aku ignore je la.. Tetapi bila aku google balik and bertanya pada blogger duit. rupanya Syiling tahun 2011 edisi ketiga khas dikeluarkan dalam bentuk kad. Ini untuk collector duit.


untuk makluman korang syiling edisi ketiga hanya di edar pada umum untuk tahun 2012 sahaja. So aku tak pasti macam mana sekeping nie boleh tersesat. 

Hope aku boleh jumpa untuk 20 sen, 10 sen and 5 sen. Sebab kalu beli 1 set dulu bank negara jual RM10 sekeping. 






Tuesday, November 19, 2013

Hasil Tukaran 5# Part 6: Syiling 10 sen error

Ok ni hasil yang aku dapat daripada 800 keping syiling 10 sen. hanya dapat bebepa keping je error.

sila click gambar untuk lebih detail. or save and buka then zoom kat anak panah merah


1. 2 keping 1998 double chip



2. 1 keping 2010. double die




3.  1 keping 1992. aku x tau error nie apa.. but kalu tengokkan benda titik tu aku rasa tikar yang ada congkak tu..



4. sekeping double die belah congkak.



tak nampakkan. but bila zoom akan nampak mcm nie






5. 1 keping Double die. nie agak special. and aku rasa susah jugak nak jumpa.
kalu tengok sepintas lalu mcm samakan. but cuba korang zoom gambar yang bawah tu and kira biji congkak. belah kiri error and belah kanan yang ok

















Sunday, November 17, 2013

Hasil Tukaran 5# Part 5: Syiling 10 sen rotate

My best friend. tengok video nie.. Rare do... susah nak dapat and jumpa


Error syiling 10 sen rotate 180 darjah

Saturday, November 16, 2013

Hasil Tukaran 5# Part 4: Terlalu sukar untuk dapatkan

Dalam longgokkan 800 keping syiling 10 sen.. nampaknya terlalu sukar untuk dapatkan Syiling untuk key date.




ingatkan ada la.. sekeping dua Tahun 1971.. Tetapi tak ada.. maybe member dah simpan kot. hhuhuhu

And carian untuk  tahun 1994. tetap hampa. Sekeping pun x muncul. dah jadi kes macam nie jugak.. bila cari susah nak dapat..

Nasib dapat 4 keping tahun 2003. kira ubat jugak la nie..

So plan hanya mencari Syiling jenis error la.. untuk 800 keping nie..

nie salah satu yang aku dah dapat. Pertama kali dapat DD kat kelompak bunga raya









Friday, November 15, 2013

Hasil Tukaran 5# Part 3: Ini Yang dapat

So kali nie sambungan  scan 50 sen..

Ni hasil yang aku dapat. nak kata hampa tak la.. sangat sebab petang tadi dapat 1995. dah kira gumbira..

ni 3 keping yang aku rasa boleh la.. ada nilai

50 sen tahun 2007. condition masih tip top.



1 keping kepala wau yang besar. Yang kanan tu besar berbanding yang kiri.. Standard semua mcm yang kiri. x caya korang try tengok sendiri. Click gambar untuk detail




1 keping Double Die tahun 2011. Click Gambar nak lebih detail


Hasil Tukaran 5# Part 2: Yahoo.. dapat syiling 50 sen 1995

akhirnya... Setelah beberapa orang aku tukar duit syiling.. nampaknya tukaran dengan best friend.. tidak menghampakan


Ini dia 50 sen 1995. dalam ratusan keping terselit jugak sekeping.. So Dalam simpan aku setakat nie hanya ada 2 Keping je.. Huhuhuhu..





Yang best.. Syiling nie masih cun lagi.. ada calar 1/2 je.. AKu boleh kategori sebagai VF or BU.

Selain tu ada 2 keping tahun 2010 and 1998 yang aku rasa VF.. masih cun x ada banyak calar balar...





and 3 keping tahun 1989.




And dalam ratusan keping tu hanya nie je terselit syiling parlimen.




 Itu pun bukan yang key date. but tetapi aku simpan
dalam peti.. mana tau lagi 20 tahun harga akan naik..



Balance duit syiling 50 sen aku belum scan sepenuhnya.. maybe mlm nie.


Sekali lagi kepada my best friend... TQ. Kalu ada lagi roger2 la aku.. katanya hari tu nak tukar 1 sen 1 balang dengan aku..

jadi ke??



Hasil Tukaran 5# Part 1 : 5 sen Key date

Malam tadi.. aku start scan hasil duit tukaran dgn X office 

aku mula dengan duit syiling 5 sen. Aku just scan cari key date and bangunan Twin Tower/ KLCC/ Shangai Tower.

belum scan sepenuhnya untuk cari duit yang error

so nie hasil yang aku dapat

3 keping key date 1997


2 keping key date 2004



2 keping Shangai Tower




So ini yang aku dapat.. nampaknya Twin tower and KLCC tak ada..
Apa2 hal duit2 nie aku masukkan dalam rumah baru.







Thursday, November 14, 2013

Duit simpanan untuk belanja kawin...

Semalam aku berjaya close deal dengan member baik.. X office mate lama kat jalan Ampang. Company gambar singa.

Sebenarnya lama gak aku dok deal dengan mamat handsome nie.. but macam2 alasan dia kasi.. entah macam mana terdetik hati dia kot nak tukar dengan aku.. Mungkin sebab Besday dia yang sama dgn anak aku . huhuhuhu.. Apa hal2 pun terima kasih bro...... lu terbaik.. my best friend.....

Banyak jugak mamat nie simpan.. mungkin kalu sampai tahun depan dia jadikan mas kawin kot.. hehehehe..

Ops terlupa lak.. Walaupun semalam berjaya close deal tetapi tetap ada bersyarat.. Insya Allah bro.. jika ada je akan aku POST di dalam blog nie. untuk tatapan ko.

so nie hasil pengiraan aku yang mengambil masa 1 jam setengah.. lama siot

Ini bungkusan nya..


Ini segala isi perutnya...


nie la.. hasil yang aku dapat.


50 sen X 171 Keping = RM85.5
20 sen X 442 Keping  = RM88.4
10 sen X 800 Keping = RM 80
5 sen X 172 = RM 8.6

Total Semua = RM 262.5


So nampaknye lepas nie 2 -3 hari aku akan tido lambat sebab nak membelek2 duit2 nie.. Hope ada yang menarik.. jangan jadi mcm tukaran sebelum nie... memberi kehampaan kepada aku...

Friday, November 8, 2013

Kecewa: Susah nak dapat Kalau kita Cari dia.....;.



kecewa. kecewa. kecewa!!!!

itu yang aku boleh bagitau korang semua. Pasal apa aku kecewa. pasal mencari duit key date yang susah nak jumpa. 

Aku baru tukar dgn office mate 4. Bila aku pi rumah dia.. tu dia.. satu balang penuh,. Aku just grab duit syiling parlimen and bunga raya je.. X tengok pun tahun apa. just kumpul and blk rumah nnt aku scan


total tukaran RM350.  Campur syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen and 50 sen.

So dengan perasaan gembira balik rumah. dengan penuh semangat mencari duit key date. tetapi hampa., kecewa, bila tak ada.. yang ada kebanyakkan duit error, jenis double Die.

memang x ada rezeki kali nie...

Petang nie lak. mkn dgn wife kat Time.dot.com. Masa wife bayar and dapat balance tu tiba2 wife ckp tahub 1994.. ehh betul ke..?? apa lagi terus grab dari tangan wife, Sah 10 sen tahun 1994. Tak cakap banyak terus masuk poket aku. ha ha ha ah

ok kepada korang semua aku rasa semau dah tau.. and kepada yang belum tahu 10 sen tahun 1994 bunga Raya merupakan syiling kedua paling sikit dikeluarkan selepas 10 sen 1971 Parlimen

So sampai je rumah terus kasi rumah kat duit nie and masuk peti ler...