Friday, November 8, 2013

Kecewa: Susah nak dapat Kalau kita Cari dia.....;.



kecewa. kecewa. kecewa!!!!

itu yang aku boleh bagitau korang semua. Pasal apa aku kecewa. pasal mencari duit key date yang susah nak jumpa. 

Aku baru tukar dgn office mate 4. Bila aku pi rumah dia.. tu dia.. satu balang penuh,. Aku just grab duit syiling parlimen and bunga raya je.. X tengok pun tahun apa. just kumpul and blk rumah nnt aku scan


total tukaran RM350.  Campur syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen and 50 sen.

So dengan perasaan gembira balik rumah. dengan penuh semangat mencari duit key date. tetapi hampa., kecewa, bila tak ada.. yang ada kebanyakkan duit error, jenis double Die.

memang x ada rezeki kali nie...

Petang nie lak. mkn dgn wife kat Time.dot.com. Masa wife bayar and dapat balance tu tiba2 wife ckp tahub 1994.. ehh betul ke..?? apa lagi terus grab dari tangan wife, Sah 10 sen tahun 1994. Tak cakap banyak terus masuk poket aku. ha ha ha ah

ok kepada korang semua aku rasa semau dah tau.. and kepada yang belum tahu 10 sen tahun 1994 bunga Raya merupakan syiling kedua paling sikit dikeluarkan selepas 10 sen 1971 Parlimen

So sampai je rumah terus kasi rumah kat duit nie and masuk peti ler...





Tuesday, October 29, 2013

Nasib aku buat Last Scan...

Setelah aku buat tukaran hasil duit syiling dgn member2 and office mate aku. and lepas dah scan and simpan semua duit gambar parlimen and key date bunga raya, so plan aku nak bank in balik la duit yang aku rasa kurang bernilai tu. orang senang cerita nilai muka tetap sama 10 sen

nie la botol duit syiling..



tetapi petang semalam aku bosan. x tau nak buat apa so aku ingat nak scan lagi sekali lagi.. kot2 aku ada terlepas pantang.

but rupanya2 aku memang terlepas pandang. ada beberapa syiling 10 sen yang aku berharga.


1. Syiling 1990. Double Die


2. 4 keping 1989. 1989 merupakan syiling ketiga yang paling sikit keluarkan untuk edisi bunga raya




3. 1 keping 1993. merupakan syiling ke 4 paling sikit dikeluarkan untuk edisi bunga raya


4. Syiling 2010. Double Die

5. 2 keping Error Rotate( 2002, 2007)



6. Double die tahun 2006






Monday, October 28, 2013

Double Die + Double Chip 20 sen 1992


Setelah Penat Scan Semalam. Ingatkan tak ada apa2 yang dapat dari hasil tukaran 4.

tetapi di saat akhir tu terdapat jugak syiling 20 sen 1992.

Yang Special nya . kali nie aku dapat Double Die and Double Chip

Boleh click untuk gambar yang lebih besar



1. Double Chip kat Angka 2.

2. Double Die (DD) . nampaknya banyak. Angka 1, 9. 2.(tahun). pastu boleh katakan setiap perkataan ada double die.




Sunday, October 27, 2013

Tukaran Duit Syiling #4 Member satu ofis company lain2

Mlm tadi try tanya seorang member ada duit syiling tak.. Sebab aku kena kerja mlm. so sementara menunggu script database siap tu boleh gak aku membelek duit2 syiling untuk hilangkan mengantuk aku nie

Total yang aku dapat. tak la banyak pun. nie pun hasil carian dalam kereta dia.. dapat la.. dalam segenggam.

Total duit campur2. dalam RM 10 hinggit. yang pasti tak banyak duit parlimen.

So mlm nie try scan.. mana yang dapat terus masuk rumah baru..




Saturday, October 26, 2013

Duit Berumah Baru

Salam. Post pendek je..

Kali nie aku cerita pasal duit syiling aku yang berumah baru..

Nie Rumah Lama.


Nie Rumah Baru. Setaip syiling dapat 1 rumah.Senang nak asingkan ikut kategori


Nie Salah Satu syiling yang dalam rumah baru. 1 sen tahun 1990 rotate


Congkak. rotate 90 darjah


Monday, October 21, 2013

Hasil Pencari dari tabung adik Ipar

Semenjak Hobi nie pi mana je.. mesti ada soalan akan aku tanya.. Ada tabung tak,,  he he.

kalu jawapan ada. pasti aku ckp nak mintak izin nak cari duit syiling sebab hobby kumpul duit syiling.

Selalu jawapan yang aku dapat. " pi la.. tengok"

so aku akan senyum panjang la..

nie kali kedua aku selongkar tabung adik ipar aku. hari dapat2 beberapa keping. lupa nak upload. so nie yang pagi tadi punya kes

5 sen Key date : 1997 (1 keping)




5 sen Puncak hilang ( 1 keping)


10 sen DD ( 1 keping)


10 sen Die Chip (1 keping)

 

Duit rosak . Aku rasa nie jatuh kat jalan raya. pastu sapa entah jumpa dia pi kedai beli gula2






Plan lepas nie nak jumpa member office mate lama masa kerja kat Jalan Ampang. ( company logo singa)


Sunday, October 20, 2013

Tukaran Duit Syiling #3 Office mate 3

Jummat lepas aku berjaya meminta rakan office mate aku tukar duit syiling yang dia ada.

Hasil nya dapat la.. RM24. Tetapi kebanyakkan semua duit2 yang baru tahun 2012 and 2013. Tertapi ada jugak la.. terselit wang parlimen and DD

nie antara yang aku dapat hasil tukaran kali nie

50 Sen Parlimen 1982. Ada sinar lagi




20 sen bunga Raya. A, 5 and EN dah kabur


10 sen 2012. no 0, 1, 2 tak lengkap.


2 keping 10 sen 2012 yang DD


1 keping tahun 1996