Tuesday, January 28, 2014

Hasil Tukaran 8 #5: Koleksi 20 sen

untuk tukaran 8 nie syiling 20 sen tak ada yang rare sangat pun. mcm post sebelum nie. dah dapat 1970. tapi warna dia pulak.. hitam do...

untuk 20 sen nie yang aku dapat

1. sekeping 1994.



2. 3 keping 1990 ( double die)



3. sekeping 1991 ( double die)



4. sekeping 1993 ( double die)




kalu di zoom



5. 2 keping 1998 (big 8)



6. sekeping 200Q.  aku salah taip ke "0' jadi "Q". Sebenarnya 0 terakhir tu ada macam die chip yang kalu di zoom kan nampak macam huruf Q





7. sekeping 2001 ( double die). Sebenarnya aku rasa jarang aku dapat error untuk tahun nie.. kebanyakkan yang dapat hanya duit syiling edaran tahun 90 an.



8. sekeping 2006 ( rotate 90 darjah)




9. Sekeping 2007 ( double die). Tahun nie pun agak jarang aku dapat. rasa nie nie kali pertama kot..condition pun masih menarik lagi




Kesemua syiling nie akan dijual nnt. Kalu ada yang berminat sebelum aku jual.. boleh letak dalam comment



Monday, January 27, 2014

Hasil Tukaran 8 #4: Syiling 50 sen tahun 90 an

Hampa lagi...

Keydate untuk syiling 50 sen tak dapat kali nie.. walaupun tahun 1995... 

untuk Key date syiling 50 Parlimen pun masih belum ada jugak.. Maybe next tukaran. ada 3 lagi member sanggup tukar dgn aku.. satu abang preve, Datin and last member lama kat jalan ampang..

Post kali aku letakkan duit 50 sen  90 an yang boleh la.. dikatakan ada nilai walaupun bukan puluhan ringgit mahupun ratusan ringgit.

but janji ada dari tak ada.. lagipun aku dah plan nak menjual tukaran kali nie. So ini boleh la.. di campur dengan keuntungan syiling2 yang lain



And aku jumpa 2 keping syiling yang aku rasa palsu. but aku akan cuba rujuk kepada yang pakar nnt
kenapa aku rasa palsu sebab ringan semacam je and kualiti logom yang macam murah je.. huhuhu. But condition memang Very Fine.



Sunday, January 26, 2014

Aku akan mula menjual


Sebenarnya aku masih belum lagi bersedia nak menjual semua koleksi yang aku dapat hasil dari tukaran2.

Tetapi untuk tukaran ke 8 Nie aku dah berjanji akan menjual mana duit syiling aku rasa mampu memberi keuntungan.

hasil keuntungan kemungkinan akan di bahagi 70% (aku) 30% (member).

Kenapa aku ambek 70%.Mula2 memang aku plan nak bahagi 50%. tetapi mengenangkan usaha and masa aku,
so aku kena ambek 70%. Nie antara sebab aku ambek 70%

1. Sebab aku kena luangkan masa yang agak lama untuk membelek satu2 syiling

contoh terbaru nie total syiling 10 sen je = 1270 keping.

itu belum syiling2 lain. so aku rasa aku patut ambek 10%


2. Syiling yang akan dijual nie aku akan masukkan dalam holder, then kena pos

so di situ aku dah gunakan $$$.

kos holder
kos pos
kos minyak
masa aku

so aku rasa aku kena add lagi 10%.

Insha Allah. Jualan pertama aku akan buat bila semua syiling2 nie dah di semak dan di asingkan


Saturday, January 25, 2014

Hasil tukaran 8 #3. Shangai Tower

Aku dah start mula membelek2 Syiling

Kali nie Aku mulakan dengan syiling 5 sen

untuk 5 sen nie ada ada beberapa key date tahun yang perlu tengok

1. 1982 - extra dot
2. 1997
3. 1989
4. 2004
5. 1971
6. 1985
7. 1987


yang lain tu harga sama face value dia.. la. 5 sen.

and satu lagi korang kena tengok yang bernilai

1. 2007 - Shanghai Tower
2. 2009 - Twin Tower


Untuk kali nie. Parlimen siri aku dapat sekeping je 1985. So aku masukkan dalam collection sebab yang dulu aku dapat gelap sangat.


then dapat 1997. berkeping2 jugak la..





tahun 2004



and dapat jugak shanghai tower. Harga aku pun tak berapa nak sure sangat. but harga lebih kurang rm15-30. Condition aku boleh ckp Very Fine. Dah masuk rumah pun dah



Untuk Twin tower nampaknya rezeki tak ada.



Friday, January 24, 2014

Hasil tukaran 8 2#: Sepasang Syiling 1 sen 1973

Salam

Post kali nie nak cerita pasal syiling 1 sen 1973.  Syiling nie boleh mencecah harga kalu very fine RM25 Sekeping. Tetapi itu untuk jenis melekat magnet sahaja.

Syiling 1 Sen di buat dalam 2 jenis bahan yang berlainan. Satu jenis copper and satu lagi Cooper Clad Steel.

Copper = Tak melekat magnet
Copper Clad Steel= melekat magnet.

So ramai collector mencari jenis boleh melekat magnet untuk tahun 1973

maklumat lanjut korang boleh baca dalam blog nie

>>>>what coins need to test for magnet<<<

So sebenarnya aku dah memang dapat sekeping yang ada lekat magnet. but aku masih mencari tak melekat magnet untuk membuat perbandingan. Akhirnya tukaran ke 8 nie aku dapat sekeping jenis copper. Harga untuk syiling nie tak la mahal pun dalam RM4 sekeping

ini yang aku dapat. Copper 1973 tak melekat magnet



Then kat bawah nie video perbezaan antara copper and copper clad steel





Kalu sapa2 yang ada 1970 ( lekat magnet)  and 1976 (tak lekat magnet) harga boleh RM1K sekeping


Thursday, January 23, 2014

Hasil Tukaran 8 #1: 20 sen 1970 Gembira dalam duka

Salam Semua..

nampaknya kali nie aku dah dapat Duit key date tahun 1970. Dah lama aku cari duit untuk tahun nie.
Maka Lengkap sudah koleksi aku untuk syiling 20 sen dari parlimen, bunga raya dah edisi ke tiga

Korang bayangkan dari 850 keping. hanya ada 1 keping je tahun 1970. Memang aku gembira sebab tukaran kali ke 8 baru aku jumpa duit nie.

tetapi yang aku duka.. tentang condition duit tu. hanya sekadar GOOD?POOR je la..
apa2 hal.. tetapi aku simpan. kerana sukar nak dapat. walaupun x canteq.

Mana tau...next tukaran membawa hasil yang lebih baik



Wednesday, January 22, 2014

Tukaran Syiling ke 8: Abang Motor TZM

Salam Semua.

Kepada yang Follow blog aku nie terima kasih. But ada ke yang follow yek..

tak kisah la.. sama ada ada orang follow ke tak.. janji aku update blog nie untuk rujukan aku and sapa2 yang berminat dgn duit syiling Malaysia nie

Kali nie nak cerita pasal tukaran yang ke 8.  Member aku, kenal dari tahun 2005 lagi.. Satu tempat kerja di maju junction dulu.. Aku kenalkan sebagai abang moto TZM. orang yang handsome.. ada kereta 3 bijik, ada home stay, and bini dia sekampung dgn aku.

Anggaran tu tak pasti la.. but aku dah susun baiknye.
1. Syiling 1 sen
2. Syiling 10 sen
3. Syiling 20 sen
4. Syiling 50 sen
5. Syiling RM1
6. Duit Kertas RM1 - Ingatkan ada la CR...

nie gambarnye





yang rare aku jumpa.. Syiling 20 Sen tapi... Insya Allah akan di update post2 yang akan datang


Sunday, January 19, 2014

Walaupun paras rupa mu hitam tetapi tetap menjadi pujaan hatiku

ha ha ha ha

Walaupun paras rupa mu hitam tetapi tetap menjadi pujaan hatiku.

aku dapat duit key date, tetapi paras rupa nya hitam do...

Harga. aku tak pasti la.. sebab kalu Fine-very fine harga antara RM2-4. kalu yang nie aku x tau la. berharga ke tak. but aku tetap simpan.

Tu dia syiling 10 sen tahun 2003







Duit Syiling Parlimen yang terlepas pandang

Kali nie aku nak cerita sikit duit syiling yang aku terlepas pandang.
Duit syiling nie boleh la dikatakan Semi Key Date. Sebab bukan syiling tahun yang di cari orang. Tetapi Syiling untuk tahun nie tetap jugak berharga


Aku rasa maybe lagi 5-10 tahun syiling nie pun akan jadi berharga la

1. Syiling 10 sen tahun 1988. Harga semasa dalam RM 1-3 untuk fine hingga very fine.
nasib jumpa 5 keping. terus masuk dalam rumah



2. Syiling 20 sen tahun 1971. Harga semasa untuk fine - very fine dalam RM3-6. Dapat sekeping je


3. Syiling 50 sen 1979. Harga dalam RM6-8 sekeping. Gambar lupa nak capture. dapat la 2 keping.

but untuk korang yang jumpa 1979 ada extra dot harga boleh cecah RM45 Sekeping



Thursday, January 16, 2014

Masih belumnsempat buat tukaran.

Salam

Blog nie tak berupdate dalam seminggu dua kerana aku belum sempat ambek duit Syiling dari member aku

2 hari lepas member ada sms. tanya bila nak collet


Tetapi sebab minggu nie aku kerja malam, agak sukar untuk aku pi ke rumah dia..
Anggaran total duit syiling dalam RM600. Aku rasa nie antara tukaran yang paling banyak. 

so tak tahu la nnt mcm mana mata aku.. hope x juling la membelek2 syiling tu nnt. and hope kali nie ada yang bernilai. kerana member ada pesan kalu ada yang menarik hope boleh di jual and untung bahagi 2.

Thursday, January 9, 2014

Hasil tukaran 7#: 50 Sen 1995 lagi

Kepada pembaca blog nie. sorry sebab lama tak update. sibuk dgn urusan kerja

untuk tukaran kali nie pun Sama jugak. Hasil tukaran nie masih belum menjumpai syiling2 yang betul2 bernilai. Cuma ada beberapa keping yang boleh di jadikan koleksi

Sekeping Syiling 1995



20 Sen Rotate 90 darjah



3 keping 5 sen key date 1997


2 keping Double die





Wednesday, January 1, 2014

Tukaran Syiling ke 7: Duit dalam Botol

Semlm berjumpa dgn Abang long otai kawasan Subang..

Abang long datang bersama kuda Biru dia.. Memang macho..

Biasa la.. bila berjumpa nie sembang la.. pasal bisness and kerja masing2. Mana tau Abang Long ada lubang job mana2 leh gak aku sebat sikit.


So nie dia la.. hasil simpanan duit Abang Long dalam botol..


jenama minuman nie ke buang kang ada saman lak


Korang perasaan tak,ada lak sekeping duit RM1. Aku harap sangat tu duit No Siri CR and Sign oleh Gabenor Ali..

So tunggu la nnt apa yang aku akan jumpa. Aku masih lagi mengharapkan syiling tahun berikut

1. 1971 - 10 sen
2. 1970 - 20 sen
3. 1995 - 50 sen